Friday, 2 October 2015

semoga mak ngah SEMBUH dan bebas dari KANSER


 Assalamualaikum

Semoga sihat semua rakan rakan sekelian.

Beberapa bulan yg lalu saya mendapat khabar bahawa mk ngah saya di serang kanser paru paru.Kanser itu telah merebak ke banyak organ sebenarnya apabila ia sampai ke paru paru
Hari ini ingin berkongsi cerita semalam. Pulang dari sekolah terus bergegas ke HOSPITAL SUTANAH BAHIYAH ALOR SETAR, menziarahi ibu saudara pupu saya Ustazah Faizah.Beliau adalah bekas guru agama di sekolah Kebangsaan Siputeh , Pdg Sera , Kedah.

Sayu hati melihat keadaan beliau dgn wayar wayar yang memenuhi badan. Asalnya masuk wad nak KOMOTERAPI kerana disahkan kenser KELENJAR darah. Tetapi beliau tidak sedarkan diri .Allahuakbar.

Begitulah hidup kita penuh UJIAN dan SUKA DUKA silih berganti.Semoga semua ahli keluarga tabah dengan situasi ini...

Saya ingin kongsikan sedikit mengenai  kanser ini
  
Limfoma merupakan kanser SEL DARAH PUTIH yg disebut sbg limfosit-B atau sel-B dan sejenis kanser yg melibatkan kelenjar. Sel tersebut cepat menggandakan diri dan membentuk tumOr manakala sistem kelenjar berperanan untuk membawa cecair dan darah putih melalui tubuh.
Limfoma pada otak atau urat saraf tulang belakang disebut sbg limfoma susunan pusat (SSP). Seperti kebanyakkan kanser yang lain, kanser ini terjadi apabila sel kelenjar berkembang tanpa kawalan dan keadaan ini akan menyebabkan tumor tumbuh dgn lebih banyak.
Sekiranya keadaan ini tidak dapat dikawal pesakit akan merasa sedih . Badan juga letih dan mengandungi air di kulit atau membengkak pada seluruh tubuh.

TANDA-TANDA ANDA DISERANG LIMFOMA..

Tanda serangan pertama limfOma sangat mudah dikenalpasti iaitu:

• merasa ketulan atau gumpalan pada leher, perut, bawah lengan atau
pangkal paha
• sukar bernafas
• kerap demam
• kesan merah pada kulit
• pening2 dan muntah
• sakit perut
• hilang berat badan
• batuk.

Tahukah anda vitamin  B17 adalah sangat diperlukan utk melawan semua jenis KANSER !!
dimana nak dapat ??

SUSAH KE ?

Saya akan kongsikan semuanya nanti ya.Terimakasih kerana membaca ya !!.SEE U AGAIN...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...