TEKANAN (stress), rangsangan atau TINDAKBALAS BAHAN KIMIA daripada ubat, makanan dan jangkitan akan menyebabkan kawasan permukaan perut menjadi BENGKAK. Gejala akibat daripada tindak balas boleh menyebabkan GASTRIK
Jika dibiarkan tanpa rawatan yang sepatutnya akan mengakibatkan ULSER. Dan hanya satu cara menyembuhkan ulser iaitu melalui PEMBEDAHAN.
Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancurkan makanan. Kadangkala ASID dan PEPSIN ini yang sepatutnya bertindak menghadamkan makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghadamkan dan mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging tubuh badan anda.
Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ULSER
Hakikatnya, pesakit yang menghidapi penyakit ini boleh sembuh disebabkan sifat semulajadi MEMBRAN perut yang mampu MEMBINA SEMULA lapisan perut rawatan dan displin makan yang betul.
DUA JENIS GASTRIK
1)Pesakit yang menghidapi gastritis akut ialah mereka yang sakit disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori atau berpunca dari pengambilan ubat tahan sakit.
2)Berbeza dengan pesakit yang menghidapi gastritis akut, pesakit yang menghidapi gastritis kronik dilihat majoritinya disebabkan oleh ;
* terlalu kerap makan di luar.
* tidak berdisplin tentang masa makan.
* makanan yang terlalu pedas dan berempah
* makan terlalu banyak dan
* minum arak atau merokok.
Apakah antara rawatan gastrik ?
Di antara langkah yang diambil sebagai rawatan gastrik adalah seperti berikut:
- Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
- Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
- Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
- Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
- Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
- Elakkan makan terlalu kenyang
No comments:
Post a Comment