Wednesday 1 June 2016

PASSION yang JELAS Ia seperti orang GILA KERANA JANGAN PANDANG BELAKANG








 Bagaimana orang yang BERJAYA jadi BERJAYA..

Ada 3 sikap yg penting. Inilah 'ilmu tahap dewa' yang tuan guru kuasai tapi tak boleh nak ajar :

THE POWER OF CERTAIN : Or certainty. Maksudnya, KEYAKINAN. Sejauh mana kita yakin dengan apa yang kita yakini, itulah penentu kejayaan bisnes. Dr. Azizan berkongsi, ketika beliau memulakan syarikat di rumah seorang diri  berimpian, syarikatnya akan menjadi seminar provider terbesar di Malaysia, semua orang ketawa. Semua orang tersenyum sinis.


Tapi sekarang, tiada yang berani tersenyum sinis apabila Richworks menjadi seminar provider terbesar dengan purata 140 ribu peserta setiap tahun.

THE POWER OF BERANI : Ilmu marketing boleh diajar, tapi keberanian untuk mengambil risiko tak boleh ajar. Saya melihat kekuatan Dr. Azizan antaranya adalah keberanian mengambil risiko.


Kita pun begitu cuma beza beliau dengan kita, DAO terjun 2 kaki dan push high energy tanpa pandang belakang sementara kita, nak letak sebelah kaki pun masih kurang berani. Bila rasa sakit sikit, kita tarik semula.


'Allazi yuwaswisu fii sudurin nass', itu kata Al-Quran. Kita ikut nasihat syaitan or 'biawak belakang tabir' yang meragu-ragukan kita. Nauzubillah min zalik.

THE POWER OF PASSION : Percaya tak, sebenarnya perasaan malas, susah atau boring itu sebenarnya tiada? Ia hanya wujud dalam minda mereka yang TIADA PASSION( MINAT ) dalam dirinya.

Saya pernah membaca pepatah, jika seseorang sudah ada passion, nak mandi pun beliau tak sempat. Bill Gates ketika mula passion mencipta windows, beliau hanya berhenti kerja utk pergi tandas, makan kejap dan tidur kejap je.

Yang lain, passion yang menggerakkannya !!

Mungkin kita masih belum berjaya kerana passion kita dlm bisnes yang sedang dilakukan belum kuat. Hati kita belum 100% disitu. Mungkin juga kita tak minat pun menjual apa yang kita sedang jual sekarang. Kita hanya minat duit sahaja.

Dr. Azizan start bisnes beliau dgn passion yang jelas : beliau ingin membantu orang lain tahu apa yg beliau tahu.

Dan dari NIAT LUHUR itulah beliau berjaya.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...