Wednesday 14 December 2016

kenapa DETOX sangat PENTING



APA ITU % LEMAK BADAN DAN VISCERAL FAT (FAT)?

Mempunyai % lemak badan atau Visceral Fat (VFA) yang tinggi meningkatkan risiko anda terhadap penyakit moden seperti penyakit jantung (strok, serangan jantung, arrithmia dan kegagalan jantung ), penyakit sendi, cholelithiasis, masalah kesuburan, penyakit diabetes tipe 2 dan juga penyakit kanser.
 Sebelum tu kita tengok dulu secara umum benda PENTING ni..
Ciri - ciri orang mempunyai LEMAK BADAN yang tinggi :

    1)Biasa mempunyai berat badan yang tinggi atau normal.
    2)Mempunya lemak dalam darah (kolesterol atau trigliserida yang tinggi).
    3)Mempunyai lemak dalam badan (biasa tidak kelihatan dengan mata kasar- hidden fats).
    4)Darah kental.
 
   Memiliki  LEMAK  yang sudah lama dan keras di dalam badan ( lemak yang biasa kelihatan (non
     hidden fats) dan tidak kelihatan (hidden fats) dengan mata kasar.
    Biasa terbentuk di bahagian abdomen.
    Lemak yang biasanya menyebabkan masalah kesihatan seperti penyempitan pembuluh darah
   (hidden fats), lemak membalut hati (fatty liver) dan lemak membalut usus dan organ-organ yang
    lain.


VFA atau lebih dikenali sebabagi Visceral Fat Analysis:


Pernah tak dengar terms "visceral fats" atau dalam bahasa Melayu "lemak viseral".

Dalam badan kita terdapat 2 jenis lemak - lemak pada kulit (cutaneous fat) dan lemak di sekitar perut dan organ dalaman (lemak viseral/visceral fats/abdominal fats).

    VISCERAL FAT  boleh  menyebabkan masalah kesihatan seperti penyempitan pembuluh darah,
    Dalam erti kata lain ia adalah  :
   (hidden fats), lemak yang membalut hati (fatty liver) dan lemak yang membalut usus dan organ
    organ yang tak dapat dilihat dgn MATA KASAR.

. Kita memerlukan sedikit kuantiti lemak dalam badan kita untuk memelihara suhu badan dan organ kita, tetapi lemak yang berlebihan boleh mendedahkan kita kepada risiko penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis (diabetis malitus), darah tinggi (hypertension), angin ahmar (stroke) seterusnya kegagalan fungsi organ dalaman lain seperti hati dan buah pinggang.

Obesiti bukan sahaja diukur daripada kadar berat badan yang berlebihan, tetapi lebih mudah jika saya terjemahkan obesiti itu adalah "masalah lemak yang berlebihan di dalam badan".

Mengapa Lemak Viseral sangat berbahaya?

Lemak viseral ini akan dicernakan oleh hati dan ditukar kepada kolestrol. Kolestrol tidak boleh diserap dalam darah tetapi akan dibawa ke seluruh badan oleh lipoprotein dalam saluran darah.

Terdapat 2 jenis lipoprotein - low density lipoprotein (LDL atau dikenali sebagai kolestrol tidak baik) dan high density lipoprotein (HDL atau dikenali sebagai kolestrol baik).

Kandungan HDL yang tinggi dalam darah dapat melindungi kita daripada risiko penyakit jantung. Tetapi kadar LDL yang tinggi dalam darah akan menyebabkan saluran darah kita menjadi sempit.

 Selepas beberapa tahun (mungkin 10-20-30 tahun), saluran darah kita akan semakin menyempit menyebabkan darah kita sukar untuk mengalir melalui arteri. Akibatnya, plaque akan terpecah dan membentuk darah beku. Darah beku (blood clots) sangat berbahaya kerana ia boleh menyumbat aliran darah kepada organ2 penting dalam badan.

 Sebagai contoh, jika aliran darah kepada jantung tersumbat menyebabkan kita mendapat serangan jantung (heart attack) dan jika aliran darah ke otak tersumbat kemungkinan besar kita akan diserang angin ahmar (strok).

Secara ringkasnya, semakin tinggi kandungan lemak viseral dalam badan kita, semakin tinggi kandungan LDL atau kolestrol tidak baik dalam saluran darah kita, oleh itu meninggikan risiko kita kepada penyakit jantung dan strok. Selain itu, kandungan lemak viseral yang tinggi berserta dengan diabetis peringkat ke-2 akan meningkatkan risiko penyakit jantung.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...