punca DARAH KOTOR
Pemakanan tidak seimbang, berkolestrol tinggi, terlampau manis, masin atau masam selalunya akan mengganggu sistem pencernaan badan kita. Bahan-bahan yang berlebihan tadi akan tertinggal dalam badan kita bila ianya tidak dinyahkeluarkan dengan sempurna.
Kebanyakan makanan pula mengandungi pengawet, penaik, perisa tambahan, perasa dan pewarna tiruan akan larut dalam darah sebagai toksid yang akan menyebabkan darah menjadi pekat dan kita istilahkan ianya sebagai "Darah Kotor".
Punca lain yang sangat bahaya:
Kini terdapat berbagai-bagai jenis ubatan moden yang berada dipasaran yang diproses berasaskan dadah. Ianya sangat popular sebab ianya cepat bertindak, mudah didapati dan kebanyakannya lulus untuk dijual. Samada kita sedar atau tidak sedar ianya jadi terpaksa dan sangat digemari dalam masyarakat moden hari ini.
Sejenis dadah yang dipanggil Steroid adalah menjadi pilihan utama dalam ubatan moden kerana ianya sangat berkesan dalam mengaktifkan sesuatu unsur (bahan-bahan kandungan ubat moden). Steroid sangat merbahaya sekiranya ia terlalu banyak dan lama berada dalam badan kita dipercayai boleh mereputkan tulang.
Selain itu darah kotor juga adalah penyumbang terbesar TOKSIN dan menyebabkan jerawat dan gejala kulit kusam terutamanya kpd individu yg kekurangan nutrien dlm badan
No comments:
Post a Comment