HILANG AIR DI BADAN...
Di antara petanda bahawa tubuh anda memerlukan rehat ialah apabila anda kehilangan berat badan. Jika anda tidak merancangnya dan tiba-tiba berat badan anda jatuh, ia mungkin disebabkan anda sudah HILANG BANYAK CECAIR badan dan anda tidak berjaya menggantikannya dalam jumlah yang mencukupi. Dehidrasi boleh jadi akan memberi impak yang tidak baik kepada prestasi minda dan fizikal.
TIDAK CUKUP TIDUR...
Sebahagian daripada anda mungkin TIDAK CUKUP TIDUR. Satu malam tidak tidur pun boleh memberi kesan MENGANTUK dan KELETIHAN. Jika beberapa hari anda sudah kekurangan tidur yang sempurna, seeloknya anda mengambil masa untuk rehat secukupnya dan mengembalikan kesegaran badan.
KADAR DENYUTAN NADI MENINGKAT
Demikian juga jika kadar denyutan jantung anda meningkat. Dan ini boleh diketahui dengan mengambil kadar denyutan nadi anda per minit setiap hari. Jika tiba-tiba atau untuk beberapa hari atau jam anda dapati denyutannya meningkat, ia boleh jadi suatu petunjuk bahawa anda sedang mengalami stres. Justeru.., berehatlah.
AIR KENCING BERTUKAR WARNA
Bagaimana jika air kencing anda sudah bertukar warna? Biasanya cerah, kali ini ia keluar berwarna kuning tua. Ia juga boleh jadi suatu petanda kepada DEHIDRASI...Semakin gelap warnanya, semakin anda perlu berhati-hati. Anda perlu banyak minum dan perlu rehat.
KELETIHAN
Perkara yang sama harus dibuat jika anda mengalami rasa keletihan yang amat. Tidak bertenaga dan cepat mengah bila berjalan atau membuat kerja. Jawabnya, rehatlah. Jangan dipaksa. Buruk padahnya jika dipaksa.
TIADA MOOD DAN SERAM SEJUK
Atau bila tiba-tiba anda merasa tiada mood untuk melakukan sesuatu kerja. Lebih teruk lagi, bila anda rasa seram sejuk, rasa sengal-sengal badan atau seakan-akan mau alami sakit demam.
Hal seumpama itu boleh berlaku kerana secara tidak sedar anda mungkin MELAKUKAN KERJA BERLEBIHAN PADA HARI HARI SEBELUMNYA. Jadi rehatlah, sekalipun pada waktu yang sama anda sedang berusaha memulihkan badan dengan mengambil multivitamin dan ubatan lain yang dipreskripsikan.
Sesungguhnya rehat dan BERGEMBIRAmerupakan UBAT PALING BAIK bagi banyak perkara atau bila mana SIMPTOM BADAN terkeluar dari PARAS NORMAL.
* Kredit utk laman konsultan DR. HATTA..
No comments:
Post a Comment