RAWATAN BUASIR
Masalahnya
ramai antara kita tidak mendapat pemeriksaan awal secukupnya. Bahkan
pesakit juga enggan diperiksa kerana malu sebaliknya hanya meminta ubat
daripada doktor. Tindakan ini sebenarnya perlu diubah kerana tanpa
pemeriksaan, masalah sebenar yang dihadapi tidak dapat diketahui.
Mengikut
pakar buasir, pemeriksaan saringan pertama paling minimum ialah ujian
rektum digitar yang memerlukan doktor melihat dan memasukkan jari ke
dalam dubur pesakit. Ujian ini tidak sakit dan hanya mengambil masa satu
atau dua minit saja. Biasanya melalui pemeriksaan ini, doktor boleh
memeriksa keadaan dinding usus, bengkak, buasir, kanser atau ketumbuhan
yang tumbuh di hujung usus besar.
Jika
pendarahan bukan disebabkan buasir, ini bermakna pendarahan berlaku di
bahagian usus yang lebih dalam dan diagnosis seterusnya perlu dijalankan
kerana 50 peratus kanser usus lazimnya berlaku pada 15 sentimeter ke
dalam usus (dari dubur).
Pesakit
perlu membuang rasa malu kerana ia menghalang proses rawatan. Paling
penting, jika pendarahan itu disebabkan kanser, ia boleh dirawat awal.
Jika tiada buasir atau kanser, ini bermakna pendarahan berlaku pada
bahagian atas gastrointestin. Ia boleh dipastikan melalui ujian
kolonoskopi untuk mengesahkannya.Masalah
ini lebih kerap berlaku pada individu yang terlalu banyak mengambil
karbohidrat yang diproses, daging dan kurang makan sayur-sayuran serta
buah-buahan. Karbohidrat yang diproses bermakna sumber karbohidrat
dibersihkan daripada kekasaran luaran melalui kaedah penulenan.
Dalam
proses ini, hampir semua vitamin, galian serta serat turut terbuang dan
yang tinggal hanya kalori. Untuk menjadikan ia berkhasiat, sesetengah
produk diperkayakan dengan memasukkan semula zat yang terbuang tadi.
Antara contoh karbohidrat proses ialah roti putih, gula atau bahan yang
dibuat daripada tepung.
Inilah
sebabnya bagi individu yang mengamalkan pemakanan kaya karbohidrat
proses lebih kerap mengalami masalah sistem perkumuhan terutama jika
mereka juga kurang mendapat bekalan serat, air dan jarang bersenam.
Ada
banyak punca yang boleh menyebabkan pendarahan ketika buang air besar.
Punca yang paling lazim ialah buasir dan kanser usus selain rekahan pada
kulit saluran dubur (masalah biasa dan menyakitkan, disebabkan sembelit
atau mengeluarkan najis secara paksa), polip pada rektum dan usus besar
serta ulser.
Masalah
ini juga dipanggil pendarahan rektum (bahagian akhir usus besar) kerana
rektum terletak betul-betul di atas lubang dubur. Kebanyakan pendarahan
rektum pada usus besar, hujung usus besar atau dubur. Usus besar ialah
sebahagian daripada saluran gastrointestin; iaitu laluan makanan selepas
ia dicerna dalam usus kecil.
Usus
besar bertanggungjawab menyingkirkan air daripada makanan yang tidak
tercerna dan menyimpannya sehinggalah ia dibuang sebagai najis. Rektum
pula adalah bahagian terakhir usus besar (15 sentimeter dari dubur).
Manakala esofagus, perut, duodenum dan usus kecil dipanggil saluran
gastrointestin atas.
No comments:
Post a Comment