Thursday 25 September 2014

beg peti merah

KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH
  Alhamdulillah.. dah selesai. Bersukan selama dua hari.Tahniah kepada Rumah HIJAu  kerana berjaya lahirkan OLAHRAGAWATI SEKOLAH.  Ehemm... rumah saya la tu..penatnya tak terkira.Dua hari balik sekolah dekat dekat nak jatuh matahari.
   Rumah hijau jatuh tempat ketiga dalam juara keseluruhan.Banyak juga lah tu, kejayaan yag dicapai.
Saya ditugaskan menyelesaikan perlawanan LOMPAT TINGGI.Teringat masa sekolah dulu.Juara juga saya bersukan.Tapi taklah pernah wakil sekolah pun, juara kampung ja..heee
Walaupun saya di antara murid yang kuat berlari, tapi ayah tidak begitu menggalakkan saya bersukan.
Perempuan katanya, kurang sesuai...agaknya dia takut saya "terlanjur ". Ha ha....saya memang aktif !!
Kalau saya ke sekolah , mak saya memang lega...tau kenapa ?? Saya juara berlari dan melompat.         

  Kawan kawan saya kebanyakkan lelaki...kami main TUJU TIN , GALAH PANJANG , MASAK MASAK dan yang paling best....MENGAYUH BASIKAL hingga sampai ke sekolah walaupun hari minggu !!. ..race plak tuh ...saya naik basikal mini.Basikal tu warna merah.Yang satu lagi adik saya punya , warna jingga...kami ada beg sekolah (beg peti), warna merah oooo...ha ha


emm.. dah Subuh..jom solat. nanti saya sambung entri ni..kenangan zaman persekolahan yang penuh kegembiraan


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...