Thursday, 22 January 2015

TESTIMONI ANAK SENDIRI (8A UPKK )

keputusan UPKK


Umar Fitri anak kedua saya seorang yang lasak.Perkembangan kematangan agak lambat jika dibandingkan dengan rakan rakan sebayanya. Dia masih lagi berkelakuan keanak anakkan terutama dengan adik adiknya.Tak pernah mahu mengalah.

Berlainan pula dr segi  penyediaan dan pengibatan di dapur.Sejak akhir akhir ni Umar suka memasak nasi goreng kicap dan telur. Saya perhatikan dia agak kemas di dapur jika dibandingkan dengan kakaknya.Ada masa saya minta tolong juga dia bancuhkan susu adik adiknya agar dia cepat MATANG dan bertanggungjawab.ALHAMDULILLAH.Dia tidak membantah.

Satu perkara yang saya risaukan ialah dia lebih suka bermain BOLA SEPAK kegemarannya daripada menumpukan perhatian kepada AKADEMIK. Bacaan ALQURAN juga lemah dari segi tajwid.Hari hari saya perdengarkan bacaan ALQURAN di utube agar UMAR dapat mempelajari bacaan sheikh sheikh terkenal.

Hari ini Umar telah mengejutkan saya apabila keputusan UPKK nya telah mengeluarkan Umar dari zon B kepada zon CEMERLANG !!!
 Umar telah mendahului kakaknya dlm peperiksaan UPKK , kerana kakaknya hanya score 7A 1B  . Bangga bukan main lagi dia dpt potong kakak. Dah mula demand HADIAH mahal mahal..eh eh..


Saya tak jemu jemu pujuk UMAR utk berdisplin dgn makanan kesihatan ini. Harapan saya agar dapat sedikit membantu PROSES PEMBELAJARANNYA di sekolah.

ALHAMDULILLAH. ALLAH perkenankan DOA saya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...