Sunday, 21 June 2015

apabila anda.bersedia utk BERUBAH, disitulah TAKDIR anda AKAN MENJELMA...


 PERJUANGAN masih jauh..

Mulanya saya rasa tak mahu hadir ke PENANG BRANCH kerana saya sudah pun menghadiri talk SHAKLEE di PUTRA PALACE bekenaan dgn DIET bersama CINCH INCH LOSS plan. Tapi memandangkan master Farihah Abu Kasim​ yg nak drive, jadi saya pun syok je nak pii.. haha.
mana suami saya mau pi tengah puasa puasa ni, ada lima anak yg bakal ikut kalau suami saya ikut sama..hiik...
Master Farihah drive tanpa berhenti kecuali utk ambil cicit SHAKLEE nya, satu tempat. Saya pulak baca al Waqiah, Yasin dan Al Mulk . Semuanya sekali  khatam ja.Dari sempadan kedah perlis kiranya dapat khatam tiga surah.Saya selalu buat camtu walaupun bukan RAMADAHN.

Saya perhatikan farihah tak mengantuk semasa SLOT DI PENANG BRANCH.
Dua jam sharing semua slot dirakamnya.
las sekali nak amik pic kenangan, surijunior.. ramai plak yg bangun.
Ohoo..rupanya 3/4 dr ahli dewan adalah SURIJUNIOR, Wahh bangga nya ku tak terkira.

Sambung cerita kami dua beradik. Balik dari penang kami singgah di rumah ibu saudara sebelah ibu.Ziarah dia sakit.Solat di situ.Jannah, yg tumpang kami dah termuntah.Dugaan ibu mengandung. eerr, master tak pula muntah yeee..Sembang sedikit sebanyak saja di rumah ibu saudara sebab para suami di rumah sdg menunggu nak menyediakan juadah berbuka . Arah balik dia juga yg drive. Cucu shaklee farihah, Jannah bekalkan kami laksam utk berbuka puasa. Sepanjang perjalanan dari sg Petani , harum Vellfire dgn laksam .Sungguh memilukan jiwa...

Tiba di rumah sempadan kedah perlis saya telefon suami utk sediakan juadah sebagai bekalan ke rumah ayahanda Ustaz Hj Abu Kasim. Err juadah tunjuk yg banyak nyaa..saya pulak dgn semangat yg membara dan memburu pulang dr SLOT SHARING, update entry blg dan buat post di fb..

Farihah sempat lagi menyediakan dan memasang almari baju kanak kanak utk anak anaknya.Kemudian ayah nak makan ikan tuka bakar. Kami berdua panjang kaki lagi ke pasar Ramadhan Arau.Ramai manusia, parking agak 300 meter juga.Puas mencari bagai nak gila kerana waktu berbuka dah dekat. Dapat tuka ayah, kami pulang , hidang bersama di rumah ayah . Pelbagai kerenah anak anak.Saya basuh pinggan yg bertimbun dan selepas itu kami semua solat Terawih bersama. Saya ingat Farihah nak rehat. Rupanya dia ke surau juga.

Itulah cerita kami berdua kelmarin.Kepenatan tak terasa. Kami berdua adalah pengamal supplemen SHAKLEE tegar. Si penjual shaklee kena amalkan dulu supplemen barulah dapat dikongsikan dgn sesiapa saja dan bantu sesiapa saja utk jana income.

Dua tiga hari lagi, rumah Farihah akan selesai direnovate.Sempatlah sambut baby baru bulan merdeka di rumah baru. Jelesnya saya tgk adik ipar saya master Raja bercuti tanpa gaji. Dia banyak menolong Farihah dlm kerja rumah dan mendidik anak anak.Tambah tambah bila dah bercuti, dia jadi ustaz pulak di rumah dan di surau taman baru tu.

Dimana saja kita, biar bagaimanapun keadaan kita, anak bangsa ini tidak pernah kita lupakan...

Sekian ,,coretan DIARI semalam...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...