Sunday 18 June 2017

Raya dulu GEMUK, raya kali ni pun samaa




Kita rasa kita ok sebab tak letih, tak lenguh ,dapat tidur dgn nyenyak ,cuma lari ja tak berapa laju.Pernah tengok tak VIDEO kematian mengejut yg viral tahun lepas. Seorang guru yg SIHAT, sedang nyanyi sambut hari guru , tetiba rebah dan menemui ajal?.
Saya tak berapa pasti guru tersebut meninggal sebab apa. Selalunya doktor akan mengesahkan sebagai SERANGAN JANTUNG la kaan, tapi tak diberitahu komplikasi nya apa kan..
Seorang lagi ialah guru agama, yg meninggal semasa pertandingan bacaan DOA YASIN atas sebab KOMPLIKASI DIABETES.Kejadian berlaku di Changlun , tidak jauh sangat pun dari rumah saya.

Tanda tanda OBESITI :

1. Berat badan sekurang kurangnya 2-kali
lebih berat dari berat badan IDEAL.
2. Mempunyai berat badan 45 kg MELEBIHI
dari BERAT BADAN sepatutnya.
3. Indeks Jisim Badan ( BMI ) melebihi 40
atau 35 .
4. Individu yang mengidap DIABETES dan
DARAH TINGGI
5. GAGAL mengekalkan berat badan yang
IDEAL, dlm jangka waktu yang panjang ,
sekalipun telah mengikuti SARANAN
DIET dari PAKAR PAKAR PEMAKANAN

Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng berkata, kajian menunjukkan 3 juta rakyat Malaysia telah mengalami OBESITI pada tahun 2000.

Catatan yang didapati ialah seperti berikut :

Kaum India sebanyak 25.6
Kaum Melayu 22.4
Kaum Cina 19.5

Antara punca terbesar kejadian OBESITI ialah kerana KESIBUKAN BEKERJA, leka mengadap TABLET, LAPTOP dsbnya . Selain itu pertumbuhan RESTORAN MAKANAN SEGERA dan RESTORAN NASI ARAB dan kesemua tempat tempat makan yang beroperasi hingga ke pagi juga sangat menyumbang ke arah gaya hidup yang tidak sihat jika tidak kena caranya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...