Friday, 18 April 2014

persekitaran yang tidak sihat....

Baru-baru ini, banjir yang melanda barat laut Semenanjung Malaysia iaitu Kedah telah meragut sejumlah nyawa dan juga banyak memusnahkan harta penduduk.Besar kemungkinan akan timbul penyakit yang berkaitan air.Contohnya ialah Kolera.

Kolera atau nama lain yang selalu digunakan ialah penyakit taun.

 Penyakit taun ialah sejenis penyakit berjangkit  usus kecil yang disebabkan oleh bacteria Vibrio Cholerae.

CIRI CIRI PENYAKIT  ;
 muntah, cirit birit dan juga dehidrasi ( kekurangan air) yang teruk.

Bakterianya disebut  Vibrio Cholarae. Suhu kepanasan 100 celcius boleh membunuh bakteria ini dalam beberapa saat sahaja. Tetapi bakteria ini boleh hidup di dalam ais sehingga 6 minggu, dalam air tawar sehingga 2 minggu dan dalam air masin sehingga 8 minggu.

Tempoh pengeraman bakteria ini hanyalah dalam masa beberapa jam sahaja sehingga 5 hari. Tetapi kebiasaannya hanyalah 3 hari.

PUNCA PUNCA KOLERA

1. Pengambilan makanan atau minuman yang tercemari oleh Vibro Cholerae.

2. Vibrio Cholerae masuk ke dalam salur penghadaman dan membiak dengan cepat dalam usus kecil dan menghasilkan  enterotoksin.

3. Enterotoksin akan menggalakkan rembesan cecair dan elektrolit keluar dari dinding usus. Ini menyebabkan cirit – birit berlaku dengan teruk.

4. Cirit birit yang teruk akan menyebabkan keadaan aras kalium yang terlalu rendah dalam darah, dan kurangnya jumlah darah yang beredar dalam badan. Jika tidak dirawat akan berakhir dengan komplikasi terutamanya dehidrasi, renjatan, dan kegagalan asidosis.


CIRI-CIRI DAN SIMPTOM PENYAKIT KOLERA

awas jika anda telah mengalami simptom simptom ini !!!!! persekitaran yang tidak sihat


1. Cirit birit yang berterusan
-najis seperti air beras (rice water stool)

2. muntah yang berterusan
- muntah secara memancut (projectile)

3. Kesakitan abdomen

4. Dehidrasi
-dahaga
-lidah kering
-mata cenkung

5. Kekejangan otot

6. Renjatan





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...