Wednesday 20 August 2014

cara betul turunkn berat badan




















 saya ank or







Selain bersukan, pastikan saudara makan secukupnya (secara normal), tetapi makanlah yang berkhasiat seperti sayur2, dan kurangkan makanan berlemak dan berkanji seperti nasi. Saudara perlu pastikan saudara makan setiap hari 2 kali sehari. Sekiranya saudara berlapar dalam tempoh yang lama dan hanya makan sedikit lebih daripada 3 hari, badan akan mula memetabolisma lemak dengan baik, namun kadar metabolisma badan saudara menjadi rendah. Kadar metabolisma yang rendah seterusnya menyebabkan berat badan boleh naik turun (flip-flop). Hal ini demikian kerana, 'protein turnover' (proses badan membina dan menghapuskan protein) berkurangan, menyebabkan metabolisma badan berkurangan. Untuk berlapar dalam tempoh masa kurang daripada 3 hari pula adalah tidak berapa berkesan dalam membakar lemak kerana badan menggunakan glukos 4 jam selepas mula berlapar, glykogen dalam masa sehari berlapar, dan protein dalam masa 3 hari berlapar. Lemak dibakar secara lebih intensif selepas hari ke-3. Jadi, untuk berlapar secara dasyat dalam tempoh masa sekejap dan lama adalah solusi yang kurang efektif dalam mengurangkan berat badan. Apa yang lebih efektif ialah kurangkan makan (makan 2 kali sehari yang lazat lazat dan tidak sampai berlapar yang dasyat) dan banyakkan bersukan.
Oleh itu, saya cadangkan saudara makan secara normal, 2 kali sehari, makanan yang lazat lazat yang saudara suka dalam kuantiti yang normal (jangan lebih jangan kurang). Jangan hanya makan biskut sahaja. Kurangkan nasi dan banyakkan sayuran seperti lobak yang bertenaga rendah dan berfiber tinggi. Kalau boleh beras biasa ditukar kepada beras kurang kanji. Saudara perlu makan seperti yang saya sarankan kerana bagi mengelakkan rasa ketagihan terhadap makanan (craving). Kemudian, setiap hari, saudara perlu bersukan secara intensif dengan basikal satu jam setengah, pastikan saudara benar benar berpeluh sewaktu bersukan. Banyakkan guna tangga dan basikal jika mahu ke tempat yang berdekatan untuk shopping, ke surau, etc. Banyakkan minum air kosong.
Basikal dalam rumah. Gambar dari: stationary-bike.com
Jangan minum air bergula (kalau nak minum pun, kadang kadang boleh la). Target perubahan berat badan secara perlahan lahan, jangan terlalu cepat hendak berubah kerana ia adalah tidak elok untuk badan (antara komplikasi termasuk flip flop effect, dan paling teruk, ia boleh membawa kepada mudahnya mendapat jangkitan dan kanser).. Target dalam masa 6 bulan sehingga 1 tahun. Kemudian, kalau sekiranya saudara amat mempunyai selera makan yang tinggi, dapatkan belon perut dari hospital. Ia adalah belon yang dimasukkan ke dalam perut individu yang mempunyai masalah selera makan tinggi untuk menghilangkan rasa lapar.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...