Saturday, 27 December 2014

LA TAHZAN


 ALLAH SEDIAKAN JALAN KELUAR BG SETIAP UJIAN


Menyusuri derita yang ditanggung oleh rakyat kelantan, menjadikan saya berfikir tentang KEBESARAN ALLAH.Ramai yang menyangka kelantan telah musnah. Bakal menanggung kerugian yg banyak dan entah bagaimana mahu memulakan hidup baru.

Kerosakan INSFRASTRUKTUR , KEMATIAN dan KECEDERAAN memestikan KELANTAN memulakan HIDUP bermula dari  ZERO !. Bagaimana mahu bangun setelah jatuh dari tempat yg paling tinggi.

Sebenarnya sejak awal ALLAH telah memberitahu bahawa HIDUP INI UTK DIUJI > SURAH ALMULK..

Lalu jgn dikesali segala yg berlaku.Segala yg diberi adalah pinjaman belaka.Redhalah dan tabahlah.
Balasan di akhirat sangat besar.Kalaulah pahala dan ganjaran itu boleh dilihat tersusun di rak rak almari...ALANGKAHH !!

Kita mesti melihat dunia ini dari DIMENSI AKHIRAT.Dunia ini bukan pengakhiran. Akhirat yg kekal abadi.UJIAN ini bukan PERCUMA.Ganjaran nya sangat besar utk dihitung jika kita TUNDUK dengan QADA QADAR ini.

Kita melihat jasad terbujur kaku.Anak anak kecil terkorban. Tiada jiwa yg sanggup mendengar dan menatapnya.Tapi merekalah SRIKANDI dan PERWIRA yg dilantik BIDADARI SYURGA, menunggu ibu ayah menyusul.ALLAHUAKBAR !!!

Bertabahlah rakyat kelantan.

Jika Allah ingin membahagiakan kamu, tiada satu tangan pun yg boleh MENGHALANGNYA !! 
Semua org mungkin menyangka kalian malang, tapi ALLAH boleh mencipta semula KEMENANGAN dan KEBAHAGIAAN dari jalan jalan yg kamu tak sangka.

Jika ALLAH uruskan urusan kita..dan tidak membiarkan kita menguruskan urusan kita sendiri, nescaya kita akan melihat pintu pintu REZEKI dan CAHAYA ketenangan menyusuri HIDUP SELEPAS KESEMPITAN !! 


LA TAHZAN....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...