Jam menunjukkan pukul 5 : 30 petang . Hari ni SABTU, 27 hb Disember. Saya baru siap makan biskut. Tadi tengahari saya makan ikan bakar, bersama satu penumbuk nasi. Hari ini ada dua kenduri, tapi saya tak dapat hadir. Saya sibuk menguruskan persiapan sekolah 4 orang anak, rumahtangga dan melayan kerenah anak.Lagipun dengar cerita laluan ke Pekan Kangar sudah dinaiki air sedikit demi sedikit.
Saya tiada cerita hebat utk dikongsikan. Terasa diri ini kerdil kerana tidak dapat turun padang membantu insan insan yg meminta nyawa dan bantuan,.. hati saya luluh dan terkenang kembali saat saat saya memeluk baby saya yang menangis tak terhingga semasa di dalam pantang.Sehinggalah saya berikhtiar dengan berbagai cara barulah dia semakin tenang.
_______________________________________________________________
PUISI DUKA
'Tidurlah sayang'.
Mama tahu kamu sejuk dan penat,
Kerana itu mama peluk kamu erat.
Mama tahu kamu merayu disuapkan,
Tetapi hanya dedaun yang mampu mama lumatkan.
Seperti kamu yang mengharapkan secebis makanan,
Mama juga berharap ada yang meluruhkan bantuan dari balik awan.
Hina rupanya kita di mata orang,
Sejuk dan basah bersendirian.
Tiada bekalan dan bantuan,
Seolah daerah ini daerah perang.
Rupanya begitu sekali negeri ini disisihkan,
Sehingga nyawa dianggap mainan dek kotornya partisan.
Darurat barangkali terlalu 'keramat' untuk diwartakan,
Walau negeri sudah menjadi kubur tidak bernisan.
Sabarlah sayang,
Simpanlah airmatamu ini untuk Tuhan.
Selepas ini tidak ada lagi kelaparan, dan mengigil sejuknya di bawah rintik hujan.
'Tidurlah' sayang,
Dan selamat jalan.
Tunggu mama di syurga.
(Nukilan seorang ibu yang kematian bayinya di BUKIT MANJOR , KUALA KRAI ketika bertahan di atas bukit tanpa bantuan)
KREDIT UTK FB : ZAIM HASHIM NAIM
_________________________________________________________
Saya menangis tersedu sedu selepas terbaca puisi ini sehingga tak dapat lagi melihat keyboard.
Saya sendiri kurang pasti, mengapa saya menangisi KEMATIAN yg tidak dikenali ini.
Hari hari yang kita lalui ini dibaca dengan TAQDIR yang dalam genggamannya. Kita hanya mahukan yang terbaik.Tetapi kita tak pernah tahu bahawa ALLAH telah memilih yang PALING TERBAIK UTK KEHIDUPAN kita...
SEKALUNG TAKZIAH atas semua yang telah kehilangan INSAN TERCINTA
kepada SEMUA IBU yang kehilangan PERMATA HATI...Mereka menunggu anda di SYURGA kerana anda juga SERIKANDI
SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN SEMUA YANG TERKORBAN DALAM BANJIR KALI INI DI SYURGA YANG MENGALIR SUNGAI DI BAWAHNYA.. AAMEENNN

No comments:
Post a Comment