TULANG bukan sekadar KERANGKA spt CERUCUK BESI
OSTEOPOROSIS penyakit SENYAP!!. PENGHIDAP TIDAK NAMPAK GEJALANYA SEHINGGA TULANG MUDAH RETAK atau PATAH jika terlanggar sesuatu.
Ramai yang beranggapan bahawa TULANG ibarat cerucuk dlm bangunan bagi membolehkan sesuatu STRUKTUR dapat berdiri kukuh dan dengan sebab itu , ramai yg mengabaikan PENJAGAAN TULANG.
TULANG adalah TISU HIDUP yang membabitkan TIGA KOMPONEN UTAMA iaitu :
1) KOLAGEN >> sejenis PROTEIN yang mengekalkan RANGKA FLEXSIBEL utk TULANG,
2) GALIAN spt KALSIUM
3) FOSTAT yang menjadikan tulang KUAT dan KERAS serta SEL HIDUP bagi mengganti dan
membuang SEL LAMA
TULANG TERURAI !!
Tulang akan terurai dan membentuk semula melalui PROSES SEMULAJADI yg dikenali sebagai PEMBINAAN SEMULA tulang yg berlaku sepanjang hayat !
Justeru itu tulang memerlukan bekalan KALSIUM yang mencukupi utk mengekalkan kekuatan tulang bg menampung kepelbagaian aktiviti harian.
Tubuh kita disokong oleh dua jenis tulang iaitu KORTIKOL yang membentuk bahagian luaran tulang yg keras dan SPAN seperti STRUKTUR SARANG LEBAH yg membentuk TERAS DALAMAN
Tulang juga adalah tisu yang luarbiasa kerana peranannya menyokong tubuh bagi membolehkan PERGERAKAN , PENYIMPANAN MINERAL, MELINDUNGI ORGAN DALAMAN, Menyediakan PERSEKITARAN utk SUM SUM tulang yg menghasilkan SE DARAH MERAH.
TIGA LANGKAH UTAMA PENJAGAAN TULANG
1) ELAKKAN KAFEIN dlm MINUMAN.Ia boleh menjejaskan PENYERAPAN KALSIUM di dalam TULANG dan menyebabkan KEHILANGAN jisim tulang
2) ELAKKAN MEROKOK kerana ia memberi kesan TOKSID TERUS kepada PENGHASILAN SEL TULANG , menjejaskan keseimbangan HORMON , vitamin D dan penyerapan KALSIUM.
3) Jangan lupa AMBIL KALSIUM secukupnya kerana kita kehilangan KALSIUM setiap hari melalui PERPELUHAN, NAJIS dan PERKUMUHAN.Jangan lupa jugaaa...kalsium tidak dapat dihasilkan oleh TUBUH KITA SENDIRI yaaa....
KALSIUM ialah sejenis MINERAL yg penting utk membantu PENGUNCUPAN dan PENGEMBANGAN OTOT , SALUR DARAH dan menghantar isyarat kepada SISITEM SARAF serta membina TULANG yg KUAT !!
Kekalkan PARAS KALSIUM kerana kekurangan MINERAL ini dlm DIET seharian akan menyebabkan TUBUH kita mencuri KALSIUM dari TULANG !!
Lama kelamaan kita akan disapa OSTEOPOROSISI!!
Berdasarkan jadual PENGAMBILAN NUTRISI MALAYSIA (RNI) , wanita dan lelaki berusia 19 hingga 50 tahun digalakkan mengambil KALSIUM sebanyak 800 MILIGRAM sehari.Manakala wanita dan lelaki yang berusia lebih 65 tahun pula memerlukan 1000mg kalsium sehari.
No comments:
Post a Comment