ASSALAMUALAIKUM
ALHAMDULILLAH
Akhirnya dapat juga saya menulis di ruangan ini setelah sekian lama tidak ke udara.Saya tidak meninggalkan blog ini ,cuma menumpukan perhatian kepada BISNES DI FACEBOOK dan OFFLINE.
Saya baru terbaca tentang rintihan seorang bapa yang kematian anaknya akibat dipukul di sebuah sekolah di Kelantan.tersayat hati .Dalam diam saya ucapkan syukur kerana saya masih dikelilingi insan insan yang saya sayang.Itulah NIKMAT YANG PALING BESAR.
Saat saat sebegini teringat sungguh pada anak saya di asrama yang form 2 tu. Rasa rindu berjauhan dengan anak.Cepatnya ia besar dan remaja.Semakin tua saya sebagai ibuya.Telah banyak pengalaman yang dilalui dalam membesarkan dia.
Sungguh ajaib dan besar NIKMAT tuhan kepada saya.Hari ini saya mahu jadi insan yang bersyukur.
Dulu saya pernah kehilangan NIKMAT SIHAT.TIDAK DAPAT TIDUR yg LENA kerana sakit.Semasa saya di JORDAN saya tak dapat belajar dgn selesa dan baik seperti orang lain.Saya tak dapat pulang kerana ibu bapa saya tidak mempunyai wang yg cukup utk berubat. Tapi hari ni tuhan telah mengembalikan NIKMAT KESIHATAN tersebut.
Cerita dulu juga, saya pernah hanya tinggal rm50 RGT utk menyambut HARI RAYA AIDILFITRI.Tetapi hari ni, sebelum AIDILFITRI saya ada rm500.Mungkin kecil nilai ini bagi sesetengah orang , tapi bukan itu yg saya ingin kongsikan.
Dulu saya pernah menangis kerana gagal membeli sebuah rumah walaupun hanya KOS RENDAH. Tetapi hari ini tuhan telah mengembalikan semua NIKMAT tersebut.
Saya mahu mengajak anda mengenang kembali bahawa di saat kita pernah terhimpit satu ketika dulu, akhirnya hari ini tuhan keluarkan kita dari semua kesempitan itu dan menaburkan kita dgn NIKMAT yg tidak pernah kita sangka...
Jangan anda rasa NILAI SYUKUR ini kecil...SUJUDlah dgn lebih KERAP kepada PENCIPTA yg telah memberikan NILAI KEBAHGIAAN yg tak TERUNGKAP.
Jangan lupa BUKTIKAN dgn TAHAJJUD CINTA...
jumpa lagi nanti ya...
No comments:
Post a Comment