Assalamualaikumm
Waaahh...bestnya nak sambut HARI GURU ya..eh napa banyak sangat sambutan hari hari penting pada MEI ini ?
Hari PEKERJA, HARI IBU, HARI JURURAWAT , HARI GURU..eerr.hari IBU saya tak sambut sebab saya SAYANG mak SAYA SETIAP DETIK dan selagi NAFAS dan URAT NADI ini bergetar..
tiada istilah hari IBU seperti bangsa KRISTIAN..
SIAPAKAH GURU anda ?
Banyak sungguh cikgu kita noo. Sejak kecik sampai universiti. Yang dah kembali mengadap PENCIPTA pun dah ramai.Moga ALLAH cucuri roh mereka.
Saya suka cari guru guru lama saya. Ada seorang cikgu saya di pekan dekat RUMAH SAYA. Bertahun saya tak jumpa. Namanya Zainol .Cikgu Zainol ajar Matematik. Dia sakit tangan masa saya ziarah.saya bawakan dia tembikai...Kesian ..isteri cikgu Zainol dah meninggal . Cikgu tinggal berseorangan. Tapi anak anak akan pulang bila tiba hari cuti. Saya sempat ziarah Cikgu ZAINOL dua kali.
Tahun lepas Cikgu Zainol meninggal kerana sakit jantung. Saya kehilangan seorang guru sekolah rendah.Tapi saya terkilan kerana tidak dapat menziarahinya kerana sebab sebab yg tak dapat dielakkan. Semoga cikgu tenang disana.Masih terbayang bangunan SEKOLAH KENBANGSAAN TUNKU BENDAHARA tempat cikgu curahkan bakti..
Ada lagi cikgu yg saya tak boleh lupa. Namanya AZIZ.Saya jumpa masa membeli di kedai dan semasa berjogging .. pun di pekan yang sama. Tak sangka cikgu AZIZ MASIH KUAT BERJOGGING.Semangatnya menjaga kesihatan memang patut dipuji.
Terimakasih cikgu kerana mengajar saya erti DEWASA.Halalkan semua ilmu yg cikgu ajarkan kepada saya ya
SELAMAT HARI GURU...cikgu !!

No comments:
Post a Comment