Tuesday 30 June 2015

CATATAN 14 RAMADHAN BULAN TIDUR KAH INI ?...NABI PERANG DI RAMADHAN !


Hari ni 14 Ramadhan. Bersamaan 1 hb Julai. Kita telah berada di pertengahan MAGHFIRAH bulan RAMADHAN. Ada yang tinggal TERAWIH tak ?.ha ha.Memanglah Terawih tu sunat, tapi ia byk FADHILAT. Sebagai satu senaman pun ya juga, setelah kita makan sewatu berbuka.

 Ramai yang suka tidur atau mesti tidur di siang hari berpuasa. Sedangkan kita bersahur. Perut kita sebenarnya boleh bertahan.Tapi kenapa kita macam lapar ?. Apakah minda kita yang menyuruh kita makan ?. Jadi apa agaknya yg membuatkan kita tidur pada bulan puasa ?

Saya suka utk berkongsi. Saya selalu set di minda bahawa PUASA tidak LETIH dan saya tidak mahu tidur, ..YA !! Bila minda di set begitu kita mmg tak tidur . Awalnya saja kita perlu melawan rasa dan nafsu...CUMA ..sebelah malam dan sahur banyakkan PROTEIN dan PERFOMANCE DRINK.



Bulan puasa ni bukan BULAN LESU segalanya.Nabi kita berperang dlm bulan RAMADHAN. perang BADAR ( ALKUBRA ).

 Sideincome saya makin banyak di bulan puasa.Awal puasa saya GASTRIK tetapi TIDAK TERUK kerana tidak menjaga soal pemakanan dan waktu yang diambil. Saya makan ALFALFA sewaktu sahur. ALHAMDULILLAH. Hari ini saya rasa gastrik itu makin berlalu pergi.

So , jangan letihkan minda anda di RAMADHAN kerana ia akan membawa kepada LETIH FIZIKAL.Jangan berbuka terlampu banyak. Semua menu nak rasa. Ingat ! ikut rasa BINASA tau !!
Kesian badan kita . Letih nak buang segala toksid.
  

Waktu berpuasalah saat yg ditunggu tunggu oleh USUS kita..yeaayyy..

Usus boleh berehat biarpun hanya di sebelah siang sahaja...kesian usus kita, sepanjang tahun bekerja. Org yg rajin puasa sunat mestilah USUS dia sihat kan...usus oo usus, bertuah kau di Ramadhan ini !

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...