Thursday 2 July 2015

kebebasan wang !! jangan SELESA di ZON anda...TEMPAT BERPAUT belum tentu GAGAH selamanya...

Assalamualaikum

ZON SELESA?.. hurmm...




Bertemu lagi kita di arena maya ini.Dah berbelas hari kita berpuasa. Terawih tiap tiap malam. Tahajjud lagi. Sebenarnya bulan ini bukan bulan semata mata nak minta doa dan bulan nak beribadat, tetapi lebih dari itu mengajar manusia erti KEPERITAN bagi yg tidak berkemampuan. Kita di Malaysia ni syurga makanan.Lepas berbuka puasa , solat Maghrib ada lagi moreh yang menanti.Pendeknya perut kita tak kurang makanan, cuma waktu siang ja kita bertahan tak makan.

Mujahadah melawan nafsu ini bukan mudah.Bila lapar rasa nak marah, bila marah rasa lapar...ha ha
Itulah RAMADHAN, bulan latihan, siapa yg LULUS bulan BENGKEL ni , keluarlah dia putih bersih dari dosa dosa.

Antara amalan yg dituntut ketika RAMADHAN ini ialah BERSEDEKAH. Ia membuka pintu rezeki dan mendidik hati kita menjadi pemurah dan tidak berdengki.Ingat,,dalam harta kita ada terkandung harta orang lain yang berhak.

Sejarah terpahat bahawa Saidina Abu BAKAR adalah seorang HARTAWAN yang mulia. Semua hartanya diinfaqkan ke jalan ALLAH, sehingga tiada apa lagi yg dimilikinya.MASYAALLAH..

Saidatina KHADIJAH pun hartawan terbilang.Beliau berdiri teguh dibelakang nabi sebagai penyokong dan insan hebat di sebalik kejayaan perjuangan Rasullullah.

Saidina Umar juga begitu .Seorang hartawan yg terbilang disamping KETEGASAN nya dlm menjalankan perintah ALLAH.

Mengapa saya menulis tentang mereka ini?..ya, kerana mereka ada KEBEBASAN WANG dan mampu berinfaq bukan sahaja bercakap kosong dalam menjulang panji perjuanagan...di MANAKAH KITA?Jika kita tak punya apa apa , bagaimana kita mampu utk memberi ? sedang kita pun kais pagi makan petang, kais malam makan subuh ?

Kadang kadang hendak melancong membawa anak anak ke tempat tempat menarik  pun terpaksa menabung dan mengumpul.
Sebenarnya kita mampu berubah. cuma KITA TIDAK PERNAH BERSEDIA utk berbuat demekian.
Kita tidak bawa HUKUM KAYA itu utk tuhan taqdirkan kita menjadi kaya.Kita selalu merasa cukup dgn apa yg ada.selagi boleh makan, pakai, berjalan serba sikit.Cukup utk kita merasa sangat bahagia.
Apatah lagi jika kita ada suami, isteri yg boleh bergantung harap.

Tapi pernahkah kita terfikir, bagaimana jika DAHAN tempat berpaut itu tiba tiba patah..dahan yg kuat hari ini bukan beerti kuat selama lama nya ...

ke mana kita akan mengadu nasib ???

Jadi jangan SELESA berada di ZON anda sekarang !!




SELAMAT MENERUSKAN PUASA..
salam RAMADHAN AL MUBARAK..



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...