Wednesday 3 December 2014

ayah yg kukagumi

kisah KELUARGA SAYA

Saya berasal dari keluarga yang bukan susah dan bukan senang. Ayah saya seorang penggiat politik.
Minatnya dalam politik sehingga menjadikan beliau meninggalkan kerjaya sebagai guru.Kami semua disuruhnya belajar hingga ke menara gading, walaupun banyak yg ayah gadaikan utk menyekolahkan kami 6 beradik. Ayah tak pentingkan harta.Ayah lebih memikirkan nasib kami jika tak menjadi insan berilmu.

Sepanjang di asrama saya tak pernah beli baju yang mahal mahal dan makan hidangan atau menu yang lazat lazat. Cuma sekali di bulan Ramadhan, ayah berikan kami wang utk makan istimewa di kantin sekolah Taufikiah . Saya ingat saat saat itu.Di rumah kami tak pernah makan ayam., hanya ikan kerana ayah seorang yg berjimat cermat.Rumahnya di tukang sendiri, cuma dalam keadaan keadaan tertentu ayah akan meminta tolong kawan kawannya .

Datuk pesan pada ayah suruh siapkan rumah sebelum ank anak masuk sekolah.Ayah pegang nasihat tersebut, dan memang ayah berjaya mempunyai sebuah rumah sendiri tanpa membuat apa apa loan bank. Rupa rupanya memang berhasil jimat cermat ayah sehingga terbinanya sebuah rumah.

Apabila saya habis belajar di peringkat diploma, ayah bagi semangat utk teruskan degree di Jordan.
Saya sebenarnya sudah bekerja pada masa itu.Lagipun kesiankan ayah yang masih menyara adik adik saya yang seramai 4 orang lagi. Hasrat ayah saya tunaikan. Saya kesana bersama kawan kawan . 
Perjuangan  di bumi orang bukan mudah.Saya mesti buktikan saya boleh berjaya.Selepas 4 tahun saya pulang dgn segenggam ijazah.

Ayah selalu berpesan, ilmu lebih penting.ILMU tak dapat diwarisi. "ayah tak ada harta utk diberikan pada hangpa semua, ilmu nilah yg nak tolong hangpa.Ingat ..darjat org menuntut ilmu sangat tinggi.Kita tidak akan miskin dan Allah jamin rezeki org yg berilmu."

Saya pernah memberikan rm1000 rgt kepada mak dan ayah , sebagai simpanan . Nilai itu sangatlah besar  kerana pada masa itu saya hanya bekerja di sekolah rakyat.Duit tu saya simpan di tangan mak, tetapi saya  dah niatkan kalau ayah susah dan perlukan wang , ayah boleh guna .

Besar sungguh kasih mak dan ayah. Ayah tak sedikitpun menyentuh duit tu, walaupun dia susah.
Dia kembalikan duit tu utk perbelanjaan anak anak saya.Dia jaga saya sehingga saat terakhir tanggungjawabnya !!..waktu saya mengalami sakit yg maha hebat, dialah yang ke hulu hilir mengubati saya walaupun suami saya di sisi. Saya takkan mungkin membalas semua pengorbanannya.

ya..betul apa yg ayah selalu pesan. Ilmu adalah HARTA kita .Ayah hanya petani . Bendang sekangkang kera yg diusahakan  membawa keberkatan. Semua anak anak ayah berjaya , mempunyai dipolma dan degree dan menjadi insan berilmu seperti yg ayah cita cita kan. Saya tabik kerana ayah berjaya mengharungi semua kepahitan membesarkan kami, menghadapi umpat nista mulut yg tidak kenal erti jamaah dan perjuangan.

Allah menjamin rezeki insan yg berjuang menuntut ilmu.Sekarang ayah kaya dengan kami yg menjadi anak anak yg taat. Ayah juga kaya dengan sihat. Masih kesana kemari menjiwai perjuangan. Tak boleh duduk katanya tanpa mengambil tahu hal hal perjuangan.

Apabila saya pulang  dan  saya melihat" kekayaan" ayah..saya berazam utk" KAYA" seperti itu !!
Semoga ALLAH menggantikan semua pengorbanan ayah dalam perjuangan dan keperitan membesarkan kami dengan syurga., yg luasnya seluas langit dan bumi....

 Terimakasih kerana melahirkan aku ibu



terima kasih kerana berkorban utkku ayah !!

 Saya rindu dan sayang MAK dan AYAH ....




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...