Friday 5 December 2014

kita adalah milik org lain

Hari Jumaat sebelum cuti sekolah, saya dijemput memberi ceramah selama sejam kepada warga staff KLINIK KESIHATAN KANGAR. Dlm kesibukan budaya tutup sekolah, saya gagahkan jua, dengan izin guru besar. Tak sempat saya nak prepare apa apa . Saya hanya berkogsi rasa bagaimana HIDUP MULIA dengan agama.

Hari hari yg kita lalui mesti kita IBADAHkan agar kita diterima sebagai hamba yg taat.Amat rugi jika tidak kita niatkan sebagai IBADAH walau dlm apa pekerjaan seharaian yg kita lakukan.

Memberi TAZKIRAH, berceramah, tidak sama dengan mengajar di sekolah. Kita harus menjadi SURI TELADAN agar apa yg kita kongsikan sampai ke hati audience.Saya letakkan niat yg saya hanyalah perantaraan utk mengajak manusia DEKAT kepada KHOLIQ.Saya hanya kongsikan apa yg saya lakukan utk meningkatkan IMAN hari demi hari...

Saya pernah beberapa kali dapat jemputan ke sini. Masuk kali ni baru dua kali saya tidak menghampakan mereka.Saya penjawat awam yg terikat dgn co bisnes.Ada anak anak murid dibawah tanggungjawab saya.

Sepanjang saya menyampaikan ceramah, tiada soalan yg diajukan, tetapi masing masing mengangguk anggukkan kepala bila antonasi suara saya sedang turun naik berkongsi rasa.Saya dpat rasakan mereka gembira dengan perkongsian dan kesudian saya memenuhi undangan..

Di akhir pertemuan saya bersalam salam...barulah saya tahu ada juga bangsa asing yg tumpang menadah telinga. ALHAMDULILLAH..

Hidup sebenarnya bukan utk diri sendiri.Keringat kita diperlukan diluar sana utk KEHIDUPAN org lain !!.Kita rasa kita sudah cukup berbakti dgn dunia kita sendiri...tetapi kadang kadang berfikir begitu adalah satu kesilapan.

TERIMAKASIH semua pembantu staff, kerani, staf nurse , doktor doktor , doktor pakar  dan pembantu perubatan kerana sudi menjalinkan ukhuwwah...dan mengundang saya ke sana, moga kita berjumpa lagi...

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...